ANAK MUDA DI GALAKKAN UNTUK CEBURI BIDANG HARTANAH

Info dari berita Utusan Online mengatakan bahawa anak muda digalak ceburi bidang hartanah, kerana pelaburan hartanah sememangnya diketahui mampu meningkatkan taraf hidup, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap pendapatan pasif melalui makan gaji.




Fuad Nasir dan Fauzan Fadzil mula menceburi bidang hartanah sejak dua tahun lalu dengan menyewakan kediaman seperti pangsapuri, apartment servis dan teres di sekitar Lembah Klang.






Mereka membuat keputusan untuk mendaftar perniagaan berorientasikan hartanah di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selepas menghadiri simposium pelaburan tersebut pada 2013 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Hanya “Bermodalkan RM600, mereka mendapatkan sebuah pangsapuri di Puncak Alam, Shah Alam, Selangor untuk disewakan semula kepada pelajar universiti awam atau swasta di kawasan sekitar melalui konsep ‘sewa atas sewa’,” ujar Fuad, 29. 


Mereka hanya fokus pada benda yang sama, dan kini mereka memiliki 30 buah unit yang hendak disewakan.Dalam masa yang sama Pendidikan dan pengetahuan antara aset penting bagi membantu anak muda meningkatkan taraf hidup, khususnya yang bercita-cita meraih pendapatan tinggi.



Anak muda yang ingin terlibat dalam keusahawanan perlu meneliti semua aspek dan membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku serta jangan mengimpikan kejayaan dan keuntungan semata-mata,” ujarnya Fauzan.


Katanya,  jika ingin pendapatan yang tinggi, haruslah buang sikap terlalu risau mengalami kerugian.
Ketika ditanya mengenai matlamat tahun baharu 2016, Fuad dan Fauzan meletak sasaran untuk memperolehi lebih 30 unit kediaman lagi untuk disewakan demi memperkukuhkan lagi MFJA Services dalam bidang hartanah.

Mereka ingin menumpukan perhatian kepada sektor hartanah bernilai tinggi seperti kondominium dan apartment servis yang terletak di tengah bandar. Manakala, unit rumah yang mereka sasarkan pula adalah bercirikan studio.

Akhirinya, sektor hartanah seperti itu mempunyai permintaan yang sangat tinggi terutama di kalangan ahli perniagaan yang berkunjung ke bandar untuk sementara waktu kerana mempunyai urusan perniagaan dan pasangan yang sedang bercuti.- DHIYA’ZULHILMI DAUD



Comments

Popular posts from this blog

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 61