SEBENARNYA RAMAI JE USAHAWAN BERASAL DARI KELUARGA MISKIN
Bukan semua usahawan datang dari keluarga yang senang dan mewah , Mereka terpaksa berusaha lebih untuk terus berdiri sama macam orang lain. Jika mereka tidak berusaha , mereka tahu mereka akan dikedudukan yang sama malah akan jatuh dan ketinggalan ke bawah . Atas ketekunan, usaha yang gigih, dan pantang menyerah dapat membawa seseorang ke gerbang kejayaan.
TIPS UNTUK BERJAYA :
- Haruslah tentukan impian yang ingin kita gapai .
- Haruslah yakin pada diri sendiri . Kebanyakkan orang terlalu takut dan tidak yakin pada diri sendiri kerana takut menghadapi kegagalan. Namun percayalah , setiap orang diciptakan dengan kelebihan tersendiri . Tiada lebih dan tiada kurang.
- Nak Jadi usahawan haruslah berani dan sentiasa bersedia untuk gagal .Jangan sesekali takut atau putus asa apabila menemui kegagalan , kerana kegagalan adalan satu pengalaman yang berguna pada masa hadapan . Malh, kita harus bangkit dan terus usaha.
- Sentiasa berfikiran positif dalam pelbagai keadaan dan situasi yang berlaku . Kita harus bersedia dengan risiko yang akan datang dan harus menghadapi tanpa ada sikap dan fikiran yang negatif.
- Jangan pernah abaikan kritikan dari orang . Kadang dengan kritikan itu kita boleh membaiki diri menjadi lebih baik . Jika kritikan itu baik, kita teruskan dan jadikan ia lebih baik . Tapi jika kritikan itu tidak baik , kita harus ambil dan mengubah menjadi yang lebih baik
- Yang terakhir, jangan pernah putus untuk berdoa dan bertawakal . Apabila kita sedang berusaha, maka perlukan diiringi dengan doa supaya mendapat keberkatan dan dimakbulkan setiap permintaan . Seterusnya hanya bertawakal dan berserah kepadanya .
Comments
Post a Comment